Tuesday, July 8, 2008

KEPUTUSAN SUKANEKA KAFA KE 2

Untuk makluman semua .

Kafa Saidina Umar telah mengadakan acara sukaneka pada 5 Julai 2008, bertempat di padang Taman Pinggiran Senawang. Sambutan daripada ibubapa dan penduduk taman adalah diluar jangkaan.

Sukaneka ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Ustaz Haji Mansor bin Abu Bakar, Penyelia Sekolah Agama Rakyat (SAR), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Negeri Sembilan (JHEANS).

Beliau mencadangkan agar Pengurusan Kafa,merancang mewujudkan Sekolah Agama Rakyat,bagi memenuhi permintaan penduduk taman ini. Beliau berjanji akan memberi segala bentuk bantuan dalam merealisasikan impian ini. Untuk makluman bilangan pelajar yang sedang menuntut di KAFA Saidina Umar adalah seramai 160 orang, bilangan ini dijangka akan bertambah pada tahun hadapan, Insyallah.

Keputusan Pertandingan Sukaneka

Johan Keseluruhan - Rumah Hijau

Johan Perbarisan - Rumah Merah

PENUTUP

Jawatankuasa Pengelola Sukaneka, ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada :-

1. Guru Besar dan Kakitangan Kafa Saidina Umar
2. Ahli Jawatankuasa Persatuan Kejiranan Adelia
3. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Negeri Sembilan
4. Rejimen Askar Melayu DiRaja - Base Senawang
5. En Azman - Sudi membenarkan penggunaan punca elektrik
6. Peniaga-peniaga
7. Ibubapa murid Kafa Saidina Umar
8. Pengerusi Surau, Taman Pinggiran Senawang
9. Semua Penduduk Taman Pinggiran Senawang
10. Penaja-penaja.

Di atas segala sumbangan yang diberikan, sama ada dari segi kewangan ataupun tenaga dalam menjayakan sukaneka tersebut. Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang.

No comments: