PERHATIAN UNTUK SEMUA IBUBAPA PELAJAR KAFA
Kafa Saidina Umar, Taman Pinggiran Senawang akan mengadakan Sukaneka bertempat di Padang Bola, Taman Pinggiran Senawang. Tarikhnya adalah pada 5 Julai 2008 bersamaan hari Sabtu.
Seramai 160 orang pelajar yang terdiri daripada tahun 1,2,3,4 dan 5 akan mengambil bahagian dalam sukaneka tersebut. Mereka ini diagihkan kepada 4 buah rumah iaitu, Merah, Kuning, Hijau dan Biru.
Bagi memeriahkan sukaneka tersebut, jawatankuasa pengelola telah menetapkan sebanyak 10 acara akan dipertandingkan, daripada jumlah itu 7 acara dikhaskan kepada pelajar, manakala baki 3 lagi adalah untuk ibubapa dan guru-guru KAFA.
Aturcara Majlis
08.30 pagi        -    Perbarisan lintas hormat rumah sukan
                         -    Ucapan daripada Pengetua Kafa - Ustaz Badrol Shah Abd Saha
                         -    Ucapan Perasmian oleh Pengerusi Kafa - En Mohd Mizan bin Mohd Noor
                         -    Acara Sukaneka dimulakan
                          -    Rehat dan Minum Pagi
10.00 pagi      -    Acara Bersambung
                     -    Ketibaan Tetamu Kehormat - Pengarah Jab Agama Islam Negeri
11.00 pagi        -    Pelajar berhimpun di depan khemah Utama
                        -    Ucapan Perasmian Penutupan Oleh Tetamu Kehormat
                         -    Majlis Penyampaian hadiah kpd pemenang
                        -   Nyanyian Negaraku
                        -    Bersurai.
Bagi memeriahkan lagi sukaneka ini, Pihak Pengurusan Kafa Saidina Umar, menjemput ibubapa serta penduduk sekitar untuk sama-sama hadir dan memberi sokongan kepada anak-anak anda.
"DATANGLAH BERAMAI-RAMAI"
  
Friday, June 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment