Sunday, June 1, 2008

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PEKA SESSI 2008/2010

Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa PEKA, yang dilantik melalui mesyuarat Agong kali yang ke 4, pada 22 Mac 2008.

a. Pengerusi - Sdr Mohd Mizan bin Mohd Noor
b. N.Pengerusi - Sdr Mokhtar bin Mohd Dom
c. Setiausaha - Sdr A.Rahman bin Makbul Ahmad
d. Bendahari - Sdr Redzuan bin Jantan
e. Ket.Biro Wanita - Pn Khannita binti Zakariah
f. N.Ketua Biro Wanita - Pn Norzaini
g. Biro Pend/Agama - Ustaz Badrol Shah Abd Saha
h. - Pn Siti Rozita binti Mohd Isa
i. Biro Ekonomi - En Shamsul Kamal
j. Biro Keselamatan - En Rudi Hartono
k. Biro Sosial/Kebajikan - Pn Jamiah binti Md Said
- Pn Rusnah binti Sulaiman
l. Biro Sukan/Rekreasi - Sdr Rizal bin Sarian
m. Audit Dalam - Sdr Azad bin Amir
- Sdr`Dr`Mohd Faidz.

Sekiranya tuan/puan mempunyai pandangan atau cadangan untuk kebaikan ahli semua, sila
hubungi Setiausaha Persatuan melalui :-

a. Komen di blogg ini
b. Email ke alamat : manmakbul@gmail.com
c. No Telefon : 012-6192939.

Pandangan anda kami hargai, dan akan melaksanakan pandangan tersebut jika ia dapat membantu menyatupadukan ahli. Kami sanggup di kritik asalkan kritikan itu membina serta dapat memajukan ahli semua.

YURAN KEAHLIAN

Makluman kepada Ahli PEKA

Pihak persatuan mengalami masalah untuk menjalankan aktivit i disebabkan kekurangan dana. Setakat ini hanya 18 orang ahli sahaja yang telah menjelaskan yuran bulanan/tahunan. Kerjasama tuan/puan adalah diminta untuk menjelaskan yuran bulanan RM3.00 sebulan atau tahunan RM35.00 dengan kadar yang segera.

Tuan/Puan bolehlah menjelaskan yuran bulanan atau tahunan ditempat berikut :-

Pejabat Kafa Saidina Umar
Taman Pinggiran Senawang.

Resit bayaran akan dikeluarkan oleh kerani yang bertugas.

Semuga dengan keperhatinan tuan/puan menjelaskan yuran tersebut, akan meringankan beban Jawatankuasa dalam melaksanakan program yang telah dan sedang dirancang.

"JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA"

Adalah menjadi tanggungjawab kita dalam melaksanakan perkara di atas.

Sekian, terima kasih

PERTANDINGAN BOWLING TERTUTUP ADELIA

Pertandingan tersebut telah di adakan pada 19 Mei 2008, bertempat di Ampang Bowling Centre, Seremban Parade.

Seramai 21 peserta telah mengambil bahagian, yang terdiri daripada 2 kategori.

Kategori Lelaki - 11 Peserta
Kategori Wanita - 10 Peserta.

Hadiah menarik di sediakan, yuran sebanyak RM30 dikenakan kepada setiap peserta, manakala kanak-kanak dibawah umur 18 tahun dikenakan yuran RM25.00

Keputusan Pertandingan:-

a.Kategori Lelaki

Johan - Sdr A.Rahman
N.Johan - Sdr Fazli
Ketiga - Sdr Rizal Sarian

b. Kategori Wanita

Johan - Pn Hasnah Ujang
N.Johan - Cik Mila Nabila
Ketiga - Pn Norhafizah

c. Hadiah Khas

Masuk Longkang 2x berturut-turut - Pn Rusnah binti Sulaiman
Jatuhan Pin Terendah - Pn Zaiton A.Karim

Hadiah disampaikan oleh : Pengerusi PEKA - Sdr Mohd Mizan bin Md Noor
N.Biro Wanita - Pn Norzaini

ATAS PERMINTAAN RAMAI, KEJOHANAN TENPIN BOWLING TERBUKA ADELIA AKAN DI ANJURKAN . TARIKH AKAN DITETAPKAN KEMUDIAN.

Berminat sila hubungi : En A.Rahman M.Ahmad - 012-6192939
En Rizal Sarian - 012-6314246