Tuesday, December 9, 2008
PENDAFTARAN KAFA SAIDINA UMAR
Pendaftaran dibuka sekarang. maklumat lengkap adalah seperti berikut :-
Tarikh : 21 (Sabtu ) dan 22 (Ahad) Disember 2008
Masa : Jam 10.00 pagi hingga 2.30 petang
Yuran Pendaftaran : RM10.00 sahaja
Bayaran lain :-
a. Yuran Bulanan - RM23.00
b. Yuran Buku - RM10.00
c. Yuran Peperiksaan - RM10.00
d. Yuran Sukan - RM 5.00
e. Baju Sukan -RM10.00
PERHATIAN
Yuran bulanan hendaklah dibayar semasa sesi kelas bermula.
Mana-mana keluarga yang mempunyai lebih daripada seorang anak yang belajar, yuran pendaftaran hanya RM10.00 sahaja.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :-
a.En Mohd Mizan bin Mohd Noor - Pengurus Kafa - 019-6125252
b.En Redzuan Jantan - Guru Besar Kafa - 012-6197176
Tuesday, July 8, 2008
KEPUTUSAN SUKANEKA KAFA KE 2
Sukaneka ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Ustaz Haji Mansor bin Abu Bakar, Penyelia Sekolah Agama Rakyat (SAR), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Negeri Sembilan (JHEANS).
Beliau mencadangkan agar Pengurusan Kafa,merancang mewujudkan Sekolah Agama Rakyat,bagi memenuhi permintaan penduduk taman ini. Beliau berjanji akan memberi segala bentuk bantuan dalam merealisasikan impian ini. Untuk makluman bilangan pelajar yang sedang menuntut di KAFA Saidina Umar adalah seramai 160 orang, bilangan ini dijangka akan bertambah pada tahun hadapan, Insyallah.
Keputusan Pertandingan Sukaneka
Johan Keseluruhan - Rumah Hijau
Johan Perbarisan - Rumah Merah
PENUTUP
Jawatankuasa Pengelola Sukaneka, ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada :-
1. Guru Besar dan Kakitangan Kafa Saidina Umar
2. Ahli Jawatankuasa Persatuan Kejiranan Adelia
3. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Negeri Sembilan
4. Rejimen Askar Melayu DiRaja - Base Senawang
5. En Azman - Sudi membenarkan penggunaan punca elektrik
6. Peniaga-peniaga
7. Ibubapa murid Kafa Saidina Umar
8. Pengerusi Surau, Taman Pinggiran Senawang
9. Semua Penduduk Taman Pinggiran Senawang
10. Penaja-penaja.
Di atas segala sumbangan yang diberikan, sama ada dari segi kewangan ataupun tenaga dalam menjayakan sukaneka tersebut. Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang.
Friday, June 20, 2008
SUKANEKA KAFA SAIDINA UMAR
Kafa Saidina Umar, Taman Pinggiran Senawang akan mengadakan Sukaneka bertempat di Padang Bola, Taman Pinggiran Senawang. Tarikhnya adalah pada 5 Julai 2008 bersamaan hari Sabtu.
Seramai 160 orang pelajar yang terdiri daripada tahun 1,2,3,4 dan 5 akan mengambil bahagian dalam sukaneka tersebut. Mereka ini diagihkan kepada 4 buah rumah iaitu, Merah, Kuning, Hijau dan Biru.
Bagi memeriahkan sukaneka tersebut, jawatankuasa pengelola telah menetapkan sebanyak 10 acara akan dipertandingkan, daripada jumlah itu 7 acara dikhaskan kepada pelajar, manakala baki 3 lagi adalah untuk ibubapa dan guru-guru KAFA.
Aturcara Majlis
08.30 pagi - Perbarisan lintas hormat rumah sukan
- Ucapan daripada Pengetua Kafa - Ustaz Badrol Shah Abd Saha
- Ucapan Perasmian oleh Pengerusi Kafa - En Mohd Mizan bin Mohd Noor
- Acara Sukaneka dimulakan
- Rehat dan Minum Pagi
10.00 pagi - Acara Bersambung
- Ketibaan Tetamu Kehormat - Pengarah Jab Agama Islam Negeri
11.00 pagi - Pelajar berhimpun di depan khemah Utama
- Ucapan Perasmian Penutupan Oleh Tetamu Kehormat
- Majlis Penyampaian hadiah kpd pemenang
- Nyanyian Negaraku
- Bersurai.
Bagi memeriahkan lagi sukaneka ini, Pihak Pengurusan Kafa Saidina Umar, menjemput ibubapa serta penduduk sekitar untuk sama-sama hadir dan memberi sokongan kepada anak-anak anda.
"DATANGLAH BERAMAI-RAMAI"
Monday, June 9, 2008
APAKAH KITA MASIH MEMENTINGKAN SEMANGAT KEJIRANAN ?
Manusia kini tidak mementingkan semangat kejiranan, mereka bersifat ‘bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’.
Peribahasa ‘bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing’ sesuai menggambarkan sikap masyarakat kita pada masa ini. Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakt kita, terutamanya warga kota, disifatkan sebagai enau dalam pepatah tersebut kerana hanya mementingkan diri sendiri dan bersikap individualistik. Natijahnya, kita lebih suka hidup menyendiri dan semangat kejiranan yang dulunya menjadi teras masyarakat kita, sudah kian pudar dan luntur. Hakikat ini amat membimbangkan kerana semnagat kejiranan, yakni semnagat yang dipunyai oleh ahli-ahli masyarakat untuk menjaga kebajikan dan kepentingan anggota masyarakat yang lain, sangat diperlukan untuk menjamin perpaduan masyarakat.
Oleh yang demikian, kita perlu meneliti faktor-faktor yang telah menyebabkan perubahan sikap masyarakat kita. Dalam pada itu, pendidikan memainkan peranan yang penting. Peluang pendidikan yang semakin meluas telah pun berjaya menghapuskan buta huruf dan meningkatkan daya pemikirana serta pengetahuan masyarakat kita. Namun demikian, pada masa yang sama, pendidikan juga telah mengakibatkan masyarakat mula berubah perspektif terhadap kehidupan, terutamanya generasi muda. Contohnya, melalui pendidikan, golongan belia mula memperolehi jawatan tinggi dan berpendapatan tinggi. Oleh itu, mereka berasa mereka dapat berdikari dan tidak lagi memerlukan orang lain. Mereka pula hanya mementingkan kebahagiaan dan kepentingan sendiri. Maka, mereka menumpukan semua masa mereka untuk mencari kepuasan diri dan melupakan tanggungjawab sosial mereka terhadap kebajikan masyarakat secara keseluruhan.
Selain itu, perkembangan masyarakat kota melalui penghijrahan kampung dan proses urbanisasi juga merupakan satu faktor yang lain. Kehidupan di kota amat berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan di kampung. Masyarakat desa yang mementingkan semangat kejiranan dan kerjasama mula pupus dengan perkembangan bandar-bandar yang mempunyau pelbagai kemudahan dan peluang pekerjaan. Sebagai contoh, kita seringkali melihat penduudk kampung bergotong-royong unuk membina jambatan, membersihkan kawasan sekeliling dan sebagainya. Sikap sebegini tidak langsung wujud di kalangan warga kota kerana mereka terlalu sibuk dan hidup dalam suasana persaingan yang amat snegit.
Justeru, perbezaan sikap masyarakat juga telah disebabkan oleh pengaruh norma-norma kebaratan. Kita sedia maklum bahawa pengaruh barat meresap ke dalam kehidupan dan kebudayaan kita melalui perkembangan media massa. Kebudayaan dan cara hidup Barat yang mengagung-agungkan kebebasan individu, sikap materialistik dan mementingkan hak peribadi sebelum masyarakat sentiasa dipaparkan dalam rancangan televisyen dan radio. Masyarakat tempatan pula terlalu ingin mengikuti cara hidup barat yang liberal supaya dipandang sama taraf dari segi kemajuan sosial. Malangnya, ini telah menyebabkan kita menggadaikan nilai-nilai tradisional yang menyeru supaya kita mempertimbangkan kepentingan masyarakt dalam melakukan sesuatu perkara.
Teknologi juga telah menjadi satu lagi faktor yang menyebabkan kita kurang menghiraukan semangat kejiranan. Ini kerana, dengan perkembangan teknologi yang canggih, kita semakin kurang berinteraksi secara langsung dengan ahli-ahli masyarakat yang lain. Melalui penggunaan telefon, faksmili dan Internet, kita tidak lagi perlu bertemu secara berseorangan untuk berhubungan. Ekoran daripada itu, kita hilang kemahiran untuk berkomunikasi dan sikap ramah-tamah. Sebaliknya, kita menjadi kera sumbang dan hanya mampu berkomunikasi dengan orang lain dengan bantuan teknologi. Jelas bahawa semangat kejiranan akan pudar kerana semangat ini tidak dapat dipupuk jika ahli-ahli masyarakat tidak boleh berhubung antara satu sama lain dengan baik.
Struktur perumahan moden juga menyukarkan penanaman semangat kejiranan di kalangan masyarakat kita. Kebayakan rumah dan pangsapuri moden dibina dengan tembok yang tinggi dan pagar-pagar. Hai ini jauh berbeza dengan rumah-rumah di kampung yang tidak mempunyai sempadan untuk membezakan rumah satu jiran daripada rumah jiran yang lain.
Kesimpulannya, kita tidak dapat menafikan bahawa semngat kejiranan semakin pudar dan luntur di kalangan masyarakat kerana pelbagai faktor. Dengan itu, kita harus menyedari hakikat ini dan menggembleng tenaga untuk mencari penyelesaian bagi masalah ini kerana semangat kejiranan menjadi teras perpaduan masyarakat.
Hidup berjiran membawa bahagia

|
Sunday, June 1, 2008
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PEKA SESSI 2008/2010
a. Pengerusi - Sdr Mohd Mizan bin Mohd Noor
b. N.Pengerusi - Sdr Mokhtar bin Mohd Dom
c. Setiausaha - Sdr A.Rahman bin Makbul Ahmad
d. Bendahari - Sdr Redzuan bin Jantan
e. Ket.Biro Wanita - Pn Khannita binti Zakariah
f. N.Ketua Biro Wanita - Pn Norzaini
g. Biro Pend/Agama - Ustaz Badrol Shah Abd Saha
h. - Pn Siti Rozita binti Mohd Isa
i. Biro Ekonomi - En Shamsul Kamal
j. Biro Keselamatan - En Rudi Hartono
k. Biro Sosial/Kebajikan - Pn Jamiah binti Md Said
- Pn Rusnah binti Sulaiman
l. Biro Sukan/Rekreasi - Sdr Rizal bin Sarian
m. Audit Dalam - Sdr Azad bin Amir
- Sdr`Dr`Mohd Faidz.
Sekiranya tuan/puan mempunyai pandangan atau cadangan untuk kebaikan ahli semua, sila
hubungi Setiausaha Persatuan melalui :-
a. Komen di blogg ini
b. Email ke alamat : manmakbul@gmail.com
c. No Telefon : 012-6192939.
Pandangan anda kami hargai, dan akan melaksanakan pandangan tersebut jika ia dapat membantu menyatupadukan ahli. Kami sanggup di kritik asalkan kritikan itu membina serta dapat memajukan ahli semua.
YURAN KEAHLIAN
Pihak persatuan mengalami masalah untuk menjalankan aktivit i disebabkan kekurangan dana. Setakat ini hanya 18 orang ahli sahaja yang telah menjelaskan yuran bulanan/tahunan. Kerjasama tuan/puan adalah diminta untuk menjelaskan yuran bulanan RM3.00 sebulan atau tahunan RM35.00 dengan kadar yang segera.
Tuan/Puan bolehlah menjelaskan yuran bulanan atau tahunan ditempat berikut :-
Pejabat Kafa Saidina Umar
Taman Pinggiran Senawang.
Resit bayaran akan dikeluarkan oleh kerani yang bertugas.
Semuga dengan keperhatinan tuan/puan menjelaskan yuran tersebut, akan meringankan beban Jawatankuasa dalam melaksanakan program yang telah dan sedang dirancang.
"JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA"
Adalah menjadi tanggungjawab kita dalam melaksanakan perkara di atas.
Sekian, terima kasih